There was an error in this gadget

Wednesday, May 1, 2013

Hadiah Hari Lahir Terbaik & Jaundice

Hari ni aku dapat hadiah hari lahir yang special... baby Adam Harith checkup menunjukkan bilirubin level adalah normal. Jaundice atau bahasa mudahnya adalah kuning adalah normal di kalangan bayi yg baru lahir. Biasanya jaundice akan ditentukan dengan ujian darah.

Cerita tentang ujian darah, teringat aku pasal baby Harith kena amik darah untuk check jaundice. First checkup buat dekat Klinik Kesihatan. Tangan sebelah kiri menjadi sumber untuk darah tersebut. Mulanya musykil jugak sebab setahu aku, untuk newborn darah akan diambil dekat kaki. Memandangkan orang yang mengambilnya cekap, maka baby Harith xderla menangis sgt.

Result first checkup menunjukkan angka yang tinggi : 272mg/uL. Iklan kejap, ada dua unit bacaan untuk jaundice:

1. Pakai mg, biasanya 3 digit
2. Pakai uoL, biasanya 2 digit

Untuk convert senang je, 3 digit kepada 2 digit, bahagi dengan 17. So 272/17= 16.

272@16 adalah tinggi untuk jaundice. So kena masuk wad untuk phototerapi (lampu UV). Lepas 2 hari dekat Hospital AnNur Bangi, kena buat checkup untuk pastikan tiada rebound.

Hari kesembilan, buat checkup balik. Kali ni agak lama untuk amik darah dan masa ni lah aku dengar baby Harith menangis meraung2. Aku dah sedap hati dah. Dahla tak boleh masuk nak temankan. Bila dah siap amik darah, aku tengok baby Harith macam tersedu2 lepas menangis. Bagi susu, terus tidur.

Dapat result 232..confirm rebound. Doktor suggest admit. Time ni kepala dah pening. Tak sampai hati nak tengok baby Harith duduk bawah lampu tu lagi. Then saje je bukak sarung tangan, nak tengok tangan....nah...3 kesan cucuk.. samai naik biru tangan baby Harith. Nasib baik aku check kat rumah, kalau check kat klinik..mau kena bambu dengan aku.

Diskus dengan wife, kitaorang amik keputusan nak cuba guna cara tradisional. Alhamdulillah check hari ni..OK.. check kat KPJ. Amik darah dekat kaki, tak sempat nak menangis sgt baby Harith.



No comments:

Post a Comment