Wednesday, May 1, 2013

Hadiah Hari Lahir Terbaik & Jaundice

Hari ni aku dapat hadiah hari lahir yang special... baby Adam Harith checkup menunjukkan bilirubin level adalah normal. Jaundice atau bahasa mudahnya adalah kuning adalah normal di kalangan bayi yg baru lahir. Biasanya jaundice akan ditentukan dengan ujian darah.

Cerita tentang ujian darah, teringat aku pasal baby Harith kena amik darah untuk check jaundice. First checkup buat dekat Klinik Kesihatan. Tangan sebelah kiri menjadi sumber untuk darah tersebut. Mulanya musykil jugak sebab setahu aku, untuk newborn darah akan diambil dekat kaki. Memandangkan orang yang mengambilnya cekap, maka baby Harith xderla menangis sgt.

Result first checkup menunjukkan angka yang tinggi : 272mg/uL. Iklan kejap, ada dua unit bacaan untuk jaundice:

1. Pakai mg, biasanya 3 digit
2. Pakai uoL, biasanya 2 digit

Untuk convert senang je, 3 digit kepada 2 digit, bahagi dengan 17. So 272/17= 16.

272@16 adalah tinggi untuk jaundice. So kena masuk wad untuk phototerapi (lampu UV). Lepas 2 hari dekat Hospital AnNur Bangi, kena buat checkup untuk pastikan tiada rebound.

Hari kesembilan, buat checkup balik. Kali ni agak lama untuk amik darah dan masa ni lah aku dengar baby Harith menangis meraung2. Aku dah sedap hati dah. Dahla tak boleh masuk nak temankan. Bila dah siap amik darah, aku tengok baby Harith macam tersedu2 lepas menangis. Bagi susu, terus tidur.

Dapat result 232..confirm rebound. Doktor suggest admit. Time ni kepala dah pening. Tak sampai hati nak tengok baby Harith duduk bawah lampu tu lagi. Then saje je bukak sarung tangan, nak tengok tangan....nah...3 kesan cucuk.. samai naik biru tangan baby Harith. Nasib baik aku check kat rumah, kalau check kat klinik..mau kena bambu dengan aku.

Diskus dengan wife, kitaorang amik keputusan nak cuba guna cara tradisional. Alhamdulillah check hari ni..OK.. check kat KPJ. Amik darah dekat kaki, tak sempat nak menangis sgt baby Harith.



Monday, April 15, 2013

IUGR a.k.a Kandungan kecil & Kurang Air ketuban

Kepada para ibu mengandung pasti bimbang apabila "rutine checkup" menunjukkan yang kandungan anda agak kurang berat. Jadual di bawah menunjukkan maklumat kandungan anda berdasarkan minggu. Untuk jadual penuh rujuk kat sini.

MingguPjg (in)Berat (lbs)Pjg (cm)Berat(grams)
34 weeks17.72 in4.73 pounds45 cm2146 grams
35 weeks18.19 in5.25 pounds46.2 cm2383 grams
36 weeks18.66 in5.78 pounds47.4 cm2622 grams
37 weeks19.13 in.30 pounds48.6 cm2859 grams

Simpton kandungan kurang berat ataupun lebih dikenali dengan IUGR (Intrauterine Growth Restriction) berlaku apabila anggaran berat kandungan adalah kurang dari "nominal value". Ada 2 jenis IUGR :

  1. Symmetric/Primary IUGR - melibatkan perkembangan pembesaran organ dalaman.
  2. Asymmetric/Secondary IUGR - melibatkan pembesaran yang normal kecuali di bahagian abdomen(perut).

Antara punca yang boleh menyebabkan IUGR adalah:
  • Berat ibu mengandung kurang daripada 50kg.
  • Kurang khasiat dalam diet semasa mengandung.
  • Penggunaan dadah, rokok dan alkohol.
  • Hipertension.
  • Abnormality pada uri atau tali pusat.
  • Gestational Diabetes (diabetes sewaktu mengandung sahaja).
  • Kurang air ketuban.
Doktor akan melakukan pemeriksaan rapi untuk menentukan tahap kesihatan kandungan anda. Pemeriksaan yang lazim adalah keadaan air ketuban (amniotic fluid) dan juga pemeriksan heart beat kandungan & aliran darah(Doppler Ultrasound).

Malangnya tiada rawatan tetap untuk IUGR. Ianya semua bergantung kepada keadaan dan usia kandungan anda. Jika usia kandungan:
  1. 34 minggu atau lebih, doktor mungkin mencadang kelahiran awal (induced). Ini melibatkan penggunaan ubat untuk mematangkan paru2 kandungan. Ubat harus diambil dengan suntikan 2 kali dengan selang 12jam antara suntikan.
  2. Kurang 34 minggu, pemeriksaan yang lebih kerap perlu dilakukan. Keadaan kandungan dan tahap air ketuban akan dipantau.
Terdapat pelbagai petua untuk meningkatkan tahap air ketuban. Namun, perlu dipastikan betul2 agar apa jua petua yang hendak diamalkan tidak mendatangkan mudarat kepada kandungan. Yang paling mudah untuk dilakukan adalah berehat dengan secukupnya, hilangkan stress dan tanya kepada doktor anda untuk langkah2 yang sepatunya diambil. Yang paling penting sokongan moral daripada semua pihak dan sentiasa berdoa pada Allah.



Sunday, April 14, 2013

FPP at Hospital Putrajaya


FPP atau Full Paying Patient adalah skim rawatan yang ditawarkan oleh GH untuk sesiapa yang ingin "upscale" service daripada GH. Semua orang tau perbezaan antara GH dengan private hospital adalah dari options yang ada, customer service, dll. 

Di private hospital, anda boleh memilih doktor, anda boleh memilih bilik, anda boleh memilih makanan. Cuma sediakan duitnye saje bah..

Even private hospital pun ada yg mahal dan yang tak beberapa mahal. Kita tengok harga untuk bilik single kat beberapa private hospital. Baru harga bilik, ubat, consultation, dll tak masuk lagi.
  1. Gleneagles               RM230
  2. KPJ                         RM195
  3. Prince Court            RM150
  4. SJMC                       RM230
Selalu kita dengar ada pesakit dari private hospital direferkan ke GH. Pada yang dah biasa terima rawatan kat private hospital, tentu akan rasa lain bila kena warded dekat normal ward dekat GH. Jadi, FPP lah yang membolehkan anda mendapat kemudahan untuk memilih seperti di private hospital. Dalam ayat mudah, options yang sama dekat KPJ atau SJMC boleh anda pilih dekat GH yang ada FPP. Cuma buat masa ni, GH yang ada FPP adalah:

  1. Hospital Putrajaya
  2. Hospital Selayang
Ada 2 jenis bilik je untuk siapa yang ambil FPP, Executive atau First Class. First Class single bed rate adalah RM160 semalam. Nampak murah daripada Prince Court, tapi ingat caj lain mungkin mahal. Apa pun boleh klik kat sini kalau nak tau pasal FPP ni http://www.hpj.gov.my/portalv11/index.php/en/full-paying-patient-fpp

Bile cerita pasal hospital, semuanya bergantung kepada tahap Kemampuan, Keselesaan & Kemudahan. Tepuk dada tanya sendiri...

Saturday, April 13, 2013

Sehari @PD - Ancasa Suite & Resort

16 March 2013 - Agak lama tak bawak famili pergi jenjalan. Lepas buat survey dengan Pakcik Google, Ancasa Suite & Resort dipilih.Pepagi dah shoot to Bangi sebab ada appointment dekat An-Nur O & G. Alhamdulillah baby & mamanya sihat. Then all the way to PD.

Kat sebelah tu adalah front view of Ancasa.   Agak berdekatan dengan Teluk Kemang, kalau yang biasa pergi PD, ia dekat dengan Hotel Lido.

Urusan check in agak pantas. Dapat je kunci unit terus ke blok yang sepatutnya. Satu benda yang ketara ialah kekurangan tempat parking. So kalau dah dapat parking, kalau boleh jangan alih2kan.

Blok C ialah blok yang paling belakang. Yang bestnyer ialah sebab ia dekat dengan laut. Lagi satu tak jauh nak jalan ke pantai atau nak lepak dekat gerai belakang. 

Jom tengok bilik.

Bilik yang diambil adalah single bedroom suite, ataupun bahasa mudahnya apartment satu bilik. Layout bilik; satu bilik tidur, satu bilik air,ruang tamu, ruang makan & dapur yang hampir sama besar dengan bilik tidur.

Ni view dari pintu masuk. Boleh nampak dapur kat sebelah kanan tu. Ruang makan dan ruang tamu agak luas. Untuk famili bersaiz 3-4 takde masalah.

Cari-cari rupanya hanya bilik tidur je yang ada aircon. Rasanya ni private unit, dimana unit ni hanya diuruskan oleh Ancasa. Hmm nasib baik dapat angin laut, takderla panas sangat. 

Ruang tamu agak luas untuk bersantai sambil lepak layan TV. TV belum lagi berbentuk slim macam LCD/LED. Channel pun agak terhad. Tapi kalau setakat nak tengok TV, kat rumah sendiri lagi elok.Ruang dapurnya amatlah luas. Boleh buat bilik. Amneties hanyala peti sejuk dan cerek air. Dapur untuk memasak memang takder. Walaupun kosong, tapi dapur ni amat sesuai kalau nak prepare makanan yang di-tapau kat luar.

Bilik tidur yang disertakan dengan katil Queen size. Bilik ni je yang ada aircon. Tujuan sebenar kenapa hanya bilik ini yang ader aircon hanya pemilik unit ni saje yang tau.

OK setel citer pasal bilik. Haikal dari tadi dah tak senang duduk sebab on the way ke bilik lalu depan swimming pool. Lepas dah makan dan tidur kejap, petang tu turun bawah untuk bawa Haikal swimming. Budak kecik ni suka sangat main air. Pantang jumpa air.h

Swimming pool dia terbahagi kepada 3. Main pool dan 2 kiddie pool. Main air sampai bergetap bibir &  kecut kulit. Tu pun kena paksa naik. 

Belakang Ancasa ni ada gerai, boleh la untuk mencari makanan kalau malas nak kuar. Ada pisang goreng, buger, nasi lemak, mee sup dan macam2 lagi. Setel makan, naik ke unit semua flat. Esok lepas sarapan... nak citer sarapan kat Ancasa memang terbaik.. semua ada.. nasi lemak.. mee hoon.. western.. makan sampai kenyang.

Last trip ke swimming pool before check out. 



Overall Ancasa ni sesuai untuk famili 3-4 orang dan menginap 2 malam.










Wednesday, September 5, 2012

Hujan oh hujan

Ptg tadi hujan yg amat lebat melanda sekitar Lembah Klang... @Bangi hujan lebat sgt sampai billboard tepi highway tu dah tak nampak. Banjir kilat @Sg. Besi-UPM.. dua2 arah plak tu.. satu lane boleh guna.

Kat opis rata2 semua dok tunggu hujan reda untuk balik... yg naik kereta pun x berani nk meredah dgn payung ke parking... kilat pun dah mcm flash kamera... pegang tombol pintu pun boleh terasa karen...

Member yg naik motor pakat tunggu hujan reda.. risiko amat tinggi untuk meredah dlm hujan yg gini lebat..teringat ada satu motor yg full cover.. namanya Monotracer... sure tak basah lg kalau naik motor ni.. surf la video kt bawah.. mcm best je..








Tuesday, August 21, 2012

Raya zaman dulu... raya zaman sekarang..

Aku teringat zaman raya time aku jdi budak2 lagi.. hari raya pertama jgn harap nk kuar berjalan ke rumah kawan atau meredah je mana2 rumah.. hari raya pertama dh direservekan untuk keluarga... balik dr sembahyang raya terus berkumpul dan bersalaman... mkn ramai2 dgn ahli keluarga atau saudara...senang citer start dr kul 8 sampai la pukul 5 mmg reserve time.. yg dtg mmg stok yg dah kenal... tp sekarang bygkan belum pegi solat raya dah yg bg salam... nak raya... budak mmg la budak... tp agak2la.. tuan rumah pun sibuk nk bersiap... tk salam dgn parents/sedara diaorang dulu ke... nk mai jalan pun biarlah dlm kul 11 mcm tu ke.. kurang2nye tuan rumah dah prepare.. satu lg aku ingat lg dulu mak aku marah aku sebab buka sampul kat dpn tuan rumah... kena la cubit sedas dua... sampai besar aku x buat dah.. buka sampul dlm kete atau dah sampai rumah sendiri... anak2 korang mcm mana? Harap xlah mcm tu...

Hari raya dan pantai

Dah 2 hari dok beraya sakan.. aka makan sakan.. sehari sebelum raya saje timbang menimbang diri... wah.. sudah drop dekat 7 kilo.... tapi pg ni bila ditimbang balik.. naik dalam ...err ada la...

Ok dah citer pasal berat badan.. hari raya ketiga pepagi hari pegi outing dekat depan UiTM Dungun.. dah lama tk tgk sunrise... sapa yg dok tepi pantai timur yg dekat dengan pantai mungkin dah biasa kot tgk sunrise... walaupun aku lahir as org Terengganu.. kerana dek study n tugas.. lebih banyak masa kat luar Terengganu.. so peluang yg ada time balik kampung digunakan sebaik2nya untuk lepak kt tepi pantai sambil tunggu matahari naik... mmg best.. try la kalau berkunjung ke east coast..tak kira la Kuantan ke, Chukai ke, Kota Baru ke.. janji dekat ngan pantai..