Monday, April 15, 2013

IUGR a.k.a Kandungan kecil & Kurang Air ketuban

Kepada para ibu mengandung pasti bimbang apabila "rutine checkup" menunjukkan yang kandungan anda agak kurang berat. Jadual di bawah menunjukkan maklumat kandungan anda berdasarkan minggu. Untuk jadual penuh rujuk kat sini.

MingguPjg (in)Berat (lbs)Pjg (cm)Berat(grams)
34 weeks17.72 in4.73 pounds45 cm2146 grams
35 weeks18.19 in5.25 pounds46.2 cm2383 grams
36 weeks18.66 in5.78 pounds47.4 cm2622 grams
37 weeks19.13 in.30 pounds48.6 cm2859 grams

Simpton kandungan kurang berat ataupun lebih dikenali dengan IUGR (Intrauterine Growth Restriction) berlaku apabila anggaran berat kandungan adalah kurang dari "nominal value". Ada 2 jenis IUGR :

  1. Symmetric/Primary IUGR - melibatkan perkembangan pembesaran organ dalaman.
  2. Asymmetric/Secondary IUGR - melibatkan pembesaran yang normal kecuali di bahagian abdomen(perut).

Antara punca yang boleh menyebabkan IUGR adalah:
  • Berat ibu mengandung kurang daripada 50kg.
  • Kurang khasiat dalam diet semasa mengandung.
  • Penggunaan dadah, rokok dan alkohol.
  • Hipertension.
  • Abnormality pada uri atau tali pusat.
  • Gestational Diabetes (diabetes sewaktu mengandung sahaja).
  • Kurang air ketuban.
Doktor akan melakukan pemeriksaan rapi untuk menentukan tahap kesihatan kandungan anda. Pemeriksaan yang lazim adalah keadaan air ketuban (amniotic fluid) dan juga pemeriksan heart beat kandungan & aliran darah(Doppler Ultrasound).

Malangnya tiada rawatan tetap untuk IUGR. Ianya semua bergantung kepada keadaan dan usia kandungan anda. Jika usia kandungan:
  1. 34 minggu atau lebih, doktor mungkin mencadang kelahiran awal (induced). Ini melibatkan penggunaan ubat untuk mematangkan paru2 kandungan. Ubat harus diambil dengan suntikan 2 kali dengan selang 12jam antara suntikan.
  2. Kurang 34 minggu, pemeriksaan yang lebih kerap perlu dilakukan. Keadaan kandungan dan tahap air ketuban akan dipantau.
Terdapat pelbagai petua untuk meningkatkan tahap air ketuban. Namun, perlu dipastikan betul2 agar apa jua petua yang hendak diamalkan tidak mendatangkan mudarat kepada kandungan. Yang paling mudah untuk dilakukan adalah berehat dengan secukupnya, hilangkan stress dan tanya kepada doktor anda untuk langkah2 yang sepatunya diambil. Yang paling penting sokongan moral daripada semua pihak dan sentiasa berdoa pada Allah.



No comments:

Post a Comment