Saturday, April 13, 2013

Sehari @PD - Ancasa Suite & Resort

16 March 2013 - Agak lama tak bawak famili pergi jenjalan. Lepas buat survey dengan Pakcik Google, Ancasa Suite & Resort dipilih.Pepagi dah shoot to Bangi sebab ada appointment dekat An-Nur O & G. Alhamdulillah baby & mamanya sihat. Then all the way to PD.

Kat sebelah tu adalah front view of Ancasa.   Agak berdekatan dengan Teluk Kemang, kalau yang biasa pergi PD, ia dekat dengan Hotel Lido.

Urusan check in agak pantas. Dapat je kunci unit terus ke blok yang sepatutnya. Satu benda yang ketara ialah kekurangan tempat parking. So kalau dah dapat parking, kalau boleh jangan alih2kan.

Blok C ialah blok yang paling belakang. Yang bestnyer ialah sebab ia dekat dengan laut. Lagi satu tak jauh nak jalan ke pantai atau nak lepak dekat gerai belakang. 

Jom tengok bilik.

Bilik yang diambil adalah single bedroom suite, ataupun bahasa mudahnya apartment satu bilik. Layout bilik; satu bilik tidur, satu bilik air,ruang tamu, ruang makan & dapur yang hampir sama besar dengan bilik tidur.

Ni view dari pintu masuk. Boleh nampak dapur kat sebelah kanan tu. Ruang makan dan ruang tamu agak luas. Untuk famili bersaiz 3-4 takde masalah.

Cari-cari rupanya hanya bilik tidur je yang ada aircon. Rasanya ni private unit, dimana unit ni hanya diuruskan oleh Ancasa. Hmm nasib baik dapat angin laut, takderla panas sangat. 

Ruang tamu agak luas untuk bersantai sambil lepak layan TV. TV belum lagi berbentuk slim macam LCD/LED. Channel pun agak terhad. Tapi kalau setakat nak tengok TV, kat rumah sendiri lagi elok.Ruang dapurnya amatlah luas. Boleh buat bilik. Amneties hanyala peti sejuk dan cerek air. Dapur untuk memasak memang takder. Walaupun kosong, tapi dapur ni amat sesuai kalau nak prepare makanan yang di-tapau kat luar.

Bilik tidur yang disertakan dengan katil Queen size. Bilik ni je yang ada aircon. Tujuan sebenar kenapa hanya bilik ini yang ader aircon hanya pemilik unit ni saje yang tau.

OK setel citer pasal bilik. Haikal dari tadi dah tak senang duduk sebab on the way ke bilik lalu depan swimming pool. Lepas dah makan dan tidur kejap, petang tu turun bawah untuk bawa Haikal swimming. Budak kecik ni suka sangat main air. Pantang jumpa air.h

Swimming pool dia terbahagi kepada 3. Main pool dan 2 kiddie pool. Main air sampai bergetap bibir &  kecut kulit. Tu pun kena paksa naik. 

Belakang Ancasa ni ada gerai, boleh la untuk mencari makanan kalau malas nak kuar. Ada pisang goreng, buger, nasi lemak, mee sup dan macam2 lagi. Setel makan, naik ke unit semua flat. Esok lepas sarapan... nak citer sarapan kat Ancasa memang terbaik.. semua ada.. nasi lemak.. mee hoon.. western.. makan sampai kenyang.

Last trip ke swimming pool before check out. 



Overall Ancasa ni sesuai untuk famili 3-4 orang dan menginap 2 malam.










No comments:

Post a Comment